Tuesday, August 31, 2010

HADIAH BUAT PAPA TERSAYANG...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Papa tersayang...

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-46

Ku persembahkan sedikit coretan dari hati buat Papa yang amat ku kasihi sebagai hadiah hari jadi...

Tanggal 1 September 1964, telah lahir seorang insan bernama Baharudin bin Jaaffar dari rahim ibunya yang bernama Hajjah Che Munah binti Abdullah. Bersyukur kepada ALLAH SWT, di atas kelahiran itu, kini wujudlah diriku ini sebagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini.

Sudah berumur 46 tahun rupanya Papa ku ini. Dari kecil ku bermanja dengannya, tanpa ku sedari usianya makin meningkat, seiring dengan itu, jasanya kepada ku turut bertambah, tak mampu ku bilang satu persatu. Bermula dari seorang anak tunggal kepada ibu bapa ku, sungguh banyak kasih sayang yang dicurahkan kepadaku tanpa megharapkan balasan dari diri ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakanku seorang Papa yang amat mengasihi anak perempuannya. Ku pohon dari Mu Ya ALLAH, kasihilah beliau sepertimana beliau mengasihiku kerana diriku amat menyintainya Ya ALLAH.

Walaupun kini ku berkongsi kasih Papa bersama 3 orang adik, namun tidak pernah ku rasakan kasih sayangnya semakin pudar kepada ku. Itulah keadilan seorang Papa, kasih sayang kepada anak-anaknya adalah sama. Ya ALLAH, di atas keadilannya itu, ku pohon kepada Mu, kasihilah beliau dunia dan akhirat Ya Rabb.

Ya ALLAH, di dalam susah payahnya mencari rezeki yang halal bagi menyara kami, jarang sekali ditonjolkan gelisah hatinya agar diri kami tidak tertekan di dalam kesusahan itu. Hanya dikongsinya bersama Mami. Ya ALLAH, di atas sifatnya yang tidak ingin kami susah itu, maka janganlah Dikau susahkan beliau di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Papa ku, diri ini bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan sehingga hari ini. Namun ku tahu, beliau mahukan yang terbaik buat keluarganya. Oleh itu Ya ALLAH, ku pohon berikanlah yang terbaik dunia dan akhirat buat Papaku sepertimana beliau inginkan yang terbaik buat kami.

Ya ALLAH, amat ku kasihi Papa ku di atas muka bumi ini, maka dengan itu Ya Allah, ku pohon darimu Tuhan Yang Maha Pemurah, pertemukanlah kami  di syurga Firdausi MU kelak.

Ya ALLAH, Engkau ampunilah segala dosa Papaku dan kami sekeluarga. Bukankah Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun Ya ALLAH dan Engkau menyukai hamba MU yang memohon keampunan, maka ampunilah kami Ya ALLAH.

Ya ALLAH, berkatilah hidupnya dan hidup kami sekeluarga. Hidupkan kami di bawah naungan rahmat Mu Ya Rabb. Dan matikan kami dalam redha MU Ya ALLAH.

Sesungguhnya, Engkau Tuhan kami Ya ALLAH. Sekiranya tidak Engkau makbulkan doa kami, maka siapa lagi Ya ALLAH...

Buat Papa ku sayang, mohon maaf sekiranya diri ini pernah menyakitimu. Mungkin dari segi luarannya, kasih sayang ku kurang tertonjol buat mu. Namun jauh di sudut hati, hanya Allah mengetahui betapa ku mengasihi dirimu duhai Papa ku. Bukan harta kekayaan yang ku harapkan darimu Papa ku sayang, tapi kebahagiaan kita sekeluaga di dunia dan akhirat. Semoga diri ku ini menjadi anak yang solehah buat dirimu dan dikau menjadi anak yang soleh buat ibumu.

Buat akhirnya, sayang Papa sokmo, insyaALLAH...
Moga ALLAH mengasihi mu lebih...

No comments:

Post a Comment