Friday, August 13, 2010

PIMPIN KAMI YA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allahu Ya Rabbi, terima kasih duhai Kekasih.
Atas keluasan rahmat dan kasih sayang Mu Ya Allah, maka hamba Mu yang lemah ini mampu untuk menulis di dalam blog Khairul Wafak buat pertama kali di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini Ya Rahman. Moga dengan adanya blog ini, akan membawa hamba Mu ini lebih dekat dengan Mu Ya Maliki. Bukan menyebabkan kami makin jauh dari Mu Ya Habibi.

Moga blog ini menjadi medan untuk hamba-hamba Mu yang lemah ini untuk bermuhasabah Ya Rabbul 'Alamin, bukanlah tempat untuk membangga diri mahupun merasakan diri hebat. Kerana hakikatnya, kami ini benar-benar lemah tanpa Mu Ya Aziz.

Dengan itu Ya Rahim, kami pohon keluasan kasih sayang Mu untuk sentiasa membimbing kami ke arah sirotul mustaqim. Ikhlaskan hati kami Ya Allah, istiqamahkan kami di atas jalan yang diredhai Mu dan jadikan pengakhiran kami husnul khatimah dan pertemuan kami dengan Mu dalam keadaan membahagiakan.

Pimpinlah kami duhai Tuhan Yang Maha Mengasihani...

No comments:

Post a Comment